Jumlah kebankrapan yang tertinggi adalah pada April 2018 iaitu seramai 1,971 orang (17.05 peratus), diikuti pada Mac 2018 seramai 1,777 orang (15.37 peratus).

JPM berkata bagi tahun 2017, seramai 1,602 orang (13.86 peratus) bankrap dicatatkan pada Oktober dan berlaku sedikit peningkatan kepada 1,656 orang (14.33 peratus) pada bulan berikutnya.

"Penurunan direkodkan pada bulan Disember iaitu seramai 1,768 orang (15.3 peratus) yang diisytihar bankrap dan pada bulan Februari 1,510 orang (13.06 peratus)," menurut jabatan itu dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Kenyataan itu sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai bilangan kes kebankrapan  sebulan semenjak pindaan Akta Insolvensi 1967 berkuatkuasa pada 6 Oktober, 2017.

Menurut kenyataan itu kerajaan akan terus memantau pelaksanaan pindaan akta itu demi memastikan kepentingan golongan bankrap terpelihara sebelum menetapkan sebarang cadangan pindaan selanjutnya terhadap akta itu. - Bernama