Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Muhamad Hafidz Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2.08 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Seramai 21 orang anggota membabitkan dua buah jentera FRT, tiga Unit Bermotor Bomba (RIM) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikejarkan bagi memadamkan kebakaran di lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati api telah marak membakar kawasan depoh simpanan kereta lupus milik DBKL tersebut yang berkeluasan kira-kira 2,800 meter persegi," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

kebakaran dbkl
Punca kebakaran masih disiasat.

 

Menurut Muhamad Hafidz, jumlah anggota kemudiannya ditambah bagi melancarkan operasi pemadaman api menjadikan jumlah anggota terlibat seramai 57 orang dengan empat buah  jentera FRT.

"Api kemudiannya berjaya dikawal sekitar pukul 4.32 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada 4.53 pagi.

"Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini dan panggilan dipercayai dilakukan oleh orang awam yang terlihat api sedang marak," ujar beliau.

Tambah Muhamaad Hafidz, punca kejadian masih lagi di dalam siasatan. - K! ONLINE