Difahamkan, jenazah Dr. Fadi M.R. Albatsh diimamkan oleh wakil Mufti Wilayah Persekutuan selepas selesai solat Zuhur.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki iaitu Doaa Albatsh,6, Aseel Albatsh, 4, serta Mohammed Albatsh dan seorang balu, Enas Albatsh, 31.

Selepas solat jenazah, Allahyarham akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke Kaherah, Mesir pada pukul 7.30 malam.

Terdahulu, jenazah Dr. Fadi dibawa dari Unit Forensik, Hospital Selayang selepas kedutaan Mesir ke Malaysia memberi kelulusan kepada keluarga mangsa untuk membawa pulang arwah ke negara asal. - K! ONLINE