Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan itu selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009.

"Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi kerajaan," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan 
permohonan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM lebih awal sebelum kontrak berakhir pada 17 Mei tahun hadapan.

Kenyataan itu berkata, keputusan itu selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009 (Akta 694).

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd. Shukri yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau 
memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya. - K! ONLINE