Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, laporan itu yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1.1 juta akan merangkumi kawasan seluas 3,642.176 hektar. 

Katanya, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang dilantik sebagai 'agensi utama' dalam isu berkaitan bauksit telah melantik sebuah firma perunding alam sekitar untuk penyediaan laporan EIA itu. 

"Ini meliputi dalam menentukan tatacara pengendalian operasi serta pengangkutan keluar bauksit secara lestari untuk meminimakan kesan pencemaran alam sekitar dan kacau ganggu kepada penduduk sekitar," 

"Aktiviti perlombongan hanya akan dimulakan selepas laporan EIA diluluskan PKNP yang akan memohon Lesen Melombong Tuan punya daripada kerajaan negeri dan lesen import daripada kerajaan Persekutuan," katanya. - Bernama