Perdana Menteri berkata, beliau sedar bahawa kerajaan dituduh sebagai tidak telus kerana pendirian itu, namun menjelaskan pihaknya memerlukan sedikit masa sebelum membuat keputusan seterusnya.

"Saya tidak tahu apa dia yang kita tidak boleh cerita sebab kita cerita semua, tapi ada perkara-perkara dalam rundingan dan kita tidak boleh dedah apa yang kita berunding sehinggalah keputusan dicapai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau terdahulu hadir pada majlis sambutan Jubli Perak Permodalan Kedah Bhd (PKB) dan merasmikan Hotel Adya Chenang di sini.

Mahathir diminta mengulas mengenai gesaan pelbagai pihak agar kerajaan mendedahkan laporan itu yang pada masa ini diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. - Bernama