Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian sekitar pukul 5 petang hingga 7.30 malam itu melibatkan tiga buah kampung di kawasan berkenaan.

"Sebanyak enam buah rumah dan sebuah gerai dilaporkan rosak kerana ditimpa pokok tumbang dan bumbung diterbangkan angin di Kampung Permatang Manggis serta masing-masing sebuah rumah di Kampung Lahar Kepar dan Kampung Permatang Kuang.

"Kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINE