Kejadian pada pukul 2 itu berlaku kira-kira lima minit sebelum mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO berlangsung. 

Letupan yang berterusan selama dua minit mencemaskan 200 perwakilan wanita dan petugas media yang sedang menuju ke dewan berhampiran. 

Masing-masing kemudiannya menyelamatkan diri ke kawasan yang selamat termasuk turun ke lobi hotel. 

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada retakan jubin lantai melibatkan retakan sepanjang 17 meter.

Kakitangan hotel segera mengambil tindakan memasang tali halangan di kawasan yang terjejas dan persidangan diteruskan seperti yang dijadualkan. - K! ONLINE