Jabatan itu berkata satu Jawatankuasa Kawalan Import dan Eksport di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kesihatan yang terdiri dari pihak berkuasa kompeten telah ditubuhkan bagi membincang isu berkenaan dari semasa ke semasa terutamanya jika berlakunya lambakan dari negara jiran.

"Setiap ahli jawatankuasa akan melihat peranan dan peraturan mereka yang boleh digunakan termasuk mengenakan langkah SPS untuk mengawal supaya kes sebegini terkawal," katanya dalam kenyataan hari ini. 

"Jabatan perikanan akan mengadakan program pemantauan dan taklimat melalui program pengembangan dari semasa ke semasa kepada pihak berkepentingan dan awam melalui Majlis Perundingan Industri (MPI) .

"Ini khususnya untuk bersama-sama membanteras isu ini selain bertindak sebagai pemudahcara kepada pengimport atau pengeksport berdaftar," katanya. - Bernama