Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mohd Anis Mohd Yasin berkata jumlah itu melibatkan pelbagai jenis durian seperti durian kampung, durian telur dan durian premium termasuk musang king.

"Meskipun berlaku lambakan durian, ia masih terkawal kerana buah-buah durian itu akan diproses dan disejuk beku untuk dieksport ke China, malah bekalan durian semakin tidak mencukupi kerana ada pengilang membeli durian di kebun bagi membuat pelbagai jenis makanan termasuk kek dan aiskrim," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan kempen lebihkan makan buah-buahan tempatan peringkat negeri di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah FAMA Terengganu Fauzi Mohamad.

Mohd Anis berkata selain China, durian turut dieksport ke 22 negara lain, antaranya Singapura, Hong Kong, Australia dan Amerika. - Bernama