Selain penunggang motosikal yang berterusan menyalahgunakan laluan itu, pemandu kenderaan juga tidak ketinggalan apabila meletak kenderaan mereka di atas laluan berkenaan, sekali gus menghalang penunggang basikal.  

Walaupun DBKL melaksanakan pelbagai langkah untuk mendidik masyarakat berhubung pelaksanaan laluan basikal itu termasuk menempatkan pasukan penguat kuasa, pengguna kenderaan lain terus tegar dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka.

Seorang pengguna yang aktif berbasikal sejak empat tahun lalu, Mohd Almy Rahul Moideen, 42, berkata laluan bercat biru itu belum boleh dianggap mesra basikal selagi aspek-aspek tersebut tidak ditangani.

"Banyak (kes) berlaku apabila pemandu kenderaan sering  menggunakan alasan 'parking sekejap' dan tunggu orang  untuk meletakkan kenderaan di atas laluan basikal terbabit dan ini menjadi pemandangan biasa bagi saya,"  kata pengurus projek itu kepada Bernama.