Beliau berkata, isu itu terus menjadi masalah besar bagi pengguna yang berulang-alik dari Malaysia dan Singapura.

"Pada masa ini, terdapat kira-kira  250,000 hingga 300,000 orang yang menyeberangi tambak ini pada setiap hari. Menyelesaikan kesesakan itu menjadi keutamaan bagi Malaysia," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di akhir Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 di sini hari ini.

Mahathir berkata, Malaysia dan Singapura komited untuk menangani isu itu dan akan terus meneroka inisiatif baharu bagi menanganinya.

"Ini termasuk menambah baik infrastruktur fizikal, menyemak semula dasar dan peraturan antara sempadan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rentas sempadan," katanya. - Bernama