Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, pencapaian tersebut merupakan yang tertinggi sejak dana pencen kedua terbesar di Malaysia itu ditubuhkan pada 1 Mac 2007.

"Jumlah saiz dana meningkat kepada RM140.80 bilion daripada RM125 bilion pada tahun 2016, sementara pulangan keseluruhan pelaburan (ROI) kasar naik kepada 5.77 peratus berbanding 5.35 peratus tahun sebelum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pencapaian kewangan belum diaudit KWAP bagi tahun 2017 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi KWAP, Nik Ahmad Fauzan Nik Mohamed dan Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Nik Amlizan Mohamed. - K! ONLINE