Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kerajaan telah mengemukakan permohonan kuota haji kepada kerajaan Arab Saudi supaya ia ditambah seiring dengan peningkatan penduduk di negara ini iaitu seramai 31 juta.

Jelasnya, beliau telah memaklumkan hasrat itu kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi dalam Mesyuarat Tahunan Menteri-Menteri Haji yang berlangsung di Jeddah, Mekah semalam.

“Hasil keputusan mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kuota haji diambil berdasarkan 0.1 peratus dari jumlah penduduk dari sesebuah negara.

“Sekiranya mengikut formula itu, kita sepatutnya memperoleh kuota seramai 31,200 orang jemaah," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Tambahnya, kos menunaikan haji pada tahun hadapan juga kekal pada kadar RM9,980. - K! ONLINE