Majlis pemakaian beret PBB, penyerahan bendera Malaysia dan penghantaran kumpulan itu telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Kumpulan yang diketuai Kolonel Azhan Md. Othman itu disertai 50 pegawai dan 165 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta dua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei .

Pasukan itu yang ditugaskan untuk menggantikan Malbatt 850-5 akan ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma'rakah dan Kem Tibnin dengan kumpulan kedua hingga keempat Malbatt 850-6 dijadualkan berlepas pada 13, 20 dan 27 September ini. - K! ONLINE