Bacaan tersebut dikemaskini di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar melalui pautan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) pada pukul 1 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata, ia berpunca daripada kebakaran hutan di Bukit Palas Cherating dekat sini.

"Kebakaran hutan di Bukit Palas melibatkan kawasan seluas kira-kira 4.35 kilometer persegi. 

"Bomba melakukan tinjauan udara untuk mengesan laluan masuk ke lokasi kebakaran dan menggunakan dua pam air bagi mengawal api daripada merebak," katanya.

Tambah beliau lagi, kebakaran dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka. - K! ONLINE