Menurut kaji selidik 100 Destinasi Bandar Teratas 2017 yang dilakukan Euromonitor International, kedudukan Kuala Lumpur berada di hadapan bandar-bandar lain di dunia seperti Tokyo, Jepun; Rome, Italy; Istanbul, Turki dan Shanghai, China.

Selain itu, Hong Kong menduduki tempat teratas dalam kaji selidik tersebut dengan jumlah pelancong seramai 25.7 juta orang diikuti Bangkok, Thailand (23.27 juta) dan London, United Kingdom (19.8 juta).

Sementara itu, Singapura berada di tangga keempat dengan 17.6 juta pelancong. - K! ONLINE