Pengurus Besar Perolehannya, Mohd. Hider Yusoff berkata, buat permulaan bayaran tambang tanpa tunai tersebut diwajibkan ke atas penumpang dewasa dan pelajar.

"Selain menggunakan kad Touch 'n Go dan MyKad, pengenalan kad KomuterLink juga akan memudahkan urusan transaksi perjalanan pengguna," katanya pada sidang akhbar KTM KomuterGo Cashless di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Khair Johari Ishak.

Katanya, lebih 85 peratus pengguna KTM Komuter kini sudah mengunakan transaksi bayaran tambang tanpa tunai bagi perjalanan mereka manakala selebihnya masih menggunakan token. - Bernama