Mayat pertama yang dibawa dengan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia tiba di Jeti Nelayan Pantai Leka di sini pada pukul 11. 10 pagi manakala mayat kedua pula 50 minit kemudian. 

Kedua-dua mayat yang masih belum dikenal pasti identiti itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk dibedah siasat. 

Dalam kejadian pada Rabu lalu, seorang anak kapal ditemui lemas, tiga selamat manakala 14 lagi hilang selepas kapal korek tersebut terbalik kira-kira 15.7 kilometer di perairan Parit Jawa. 

Pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui lima mangsa termasuk dua daripadanya selamat. 

Usaha mencari dan menyelamat sembilan lagi mangsa masih diteruskan. - K! ONLINE