Kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

"Sejurus kejadian, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati lima kenderaan awam yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran tapak projek itu rosak teruk,"katanya.

Sementara itu, saksi kejadian Ramli  Bakar, 57, berkata ketika kejadian dia mendengar satu bunyi dentuman kuat yang mengegarkan kawasan sekitar.

"Saya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Bangsar, ketika melalui kawasan itu tiba-tiba sebuah kren di tapak pembinaan itu condong sebelum jatuh menghempap kereta.

"Bunyi sangat kuat dan terasa sedikit gegaran sebelum orang ramai mengerumuni kawasan terbabit. Syukur tiada mangsa terlibat," katanya kepada Bernama. - Bernama