Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail berkata, inisiatif tersebut adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir negara.

“Kita akan mengadakan perjumpaan dengan pihak KWSP bagi menentukan mekanisme dan kaji dengan mendalam pelaksanaan janji ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Tugas di sini hari ini. 

Manifesto yang diberi nama "Buku Harapan" menawarkan 60 janji selepas PH berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut manifesto tersebut, caruman pada kadar dua peratus akan disumbangkan daripada caruman KWSP para suami serta sumbangan RM50 daripada kerajaan pada setiap bulan. - K! ONLINE