Menurut kenyataan itu, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan bagi menyiasat kes yang turut menyebabkan kecederaan kepada dua orang murid lain secara terperinci dan menyeluruh, sekali gus mengenal pasti punca isu tersebut.

"Dalam masa yang sama, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan juga telah diminta membantu murid yang terlibat.

"KPM juga memohon kerjasama semua pihak supaya menghentikan penyebaran maklumat berkaitan kejadian ini bagi menghormati keluarga murid terlibat termasuk guru-guru dan murid-murid di sekolah berkenaan," kata kenyataan itu. - K! ONLINE