Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan itu dicapai selepas mengambil kira justifikasi permohonan rayuan, situasi dan kedudukan semasa pihak industri di FTZ dan kilang berstatus LMW di Malaysia serta sisa plastik yang dijana adalah daripada sektor industri tempatan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil perhatian perkara berkenaan telah menjejaskan operasi kilang  berkenaan dari sudut urusan penstoran sisa yang sangat terhad sehingga menyebabkan berlakunya lambakan sisa plastik di kawasan kilang.

"Maklum balas daripada pihak industri di FTZ dan kilang berstatus LMW bahawa penggantungan AP itu menyebabkan mereka tidak dapat mengeluar dan melupus sisa plastik yang dihasilkan dari proses pengeluaran produk mereka di kilang.

"Yang mana sisa dijana adalah bersifat homogenous dan bukan dari kategori sisa berjadual," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama