Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut termasuk menggunakan perundangan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Pegawai kami akan turun kerja untuk menyemak masihkah ada peniaga yang mengekalkan harga dan tidak munasabah.

"Semua peniaga mahu untung tetapi adakala tidak munasabah dan itu dianggap pencatutan," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di Pasar Komuniti Stutong di sini hari ini. - K! ONLINE