Ketua Cawangan KPDNHEP Kubang Pasu, Mohamad Amir Abdullah berkata, rampasan itu susulan serbuan dijalankan pihaknya pada pukul 9.30 pagi ke atas premis berkenaan yang tidak mempunyai kebenaran dan lesen menjual bahan kawalan berkenaan.

"Turut ditahan ketika serbuan ialah seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga stor berkenaan berusia 25 tahun," katanya kepada pemberita di premis berkenaan, hari ini. 

"Minyak petrol yang ditemui hari ini disimpan dalam dua tangki minyak iaitu masing-masing 11,000 liter di tangki pertama dan 9,000 liter di tangki kedua.

"Bekalan yang disimpan ini kita percayai diperoleh daripada pemborong-pemborong sekitar Kedah dan Pulau Pinang pada harga RM2.20 seliter dimana pemborong berkenaan juga mungkin mendapatkannya melalui stesen-stesen minyak biasa," katanya. - Bernama