Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu dibuat bagi membolehkan Ketua Umum PKR itu berkhidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen.

"Khianat ini adalah apabila kita curi duit rakyat, kalau kita ada kedudukan kita kayakan diri, kalau kita ada kuasa kita tekan rakyat.

"Tetapi dalam sistem demokrasi, jalan untuk kita mewakili rakyat dalam Parlimen adalah melalui pilihan raya dan dalam kedudukan ini, ia dibuat dengan maksud yang khusus bagi melaksana satu ketetapan konsensus," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya bagi memberi laluan kepada Anwar, yang telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding di kerusi Parlimen berkenaan. - Bernama