Agensi berita rasmi KCNA menerbitkan teks penuh ‘Pengisytiharan Panmunjom’ oleh pemimpin yang membuka jalan untuk perdamaian nasional, perpaduan, kedamaian serta kemakmuran.

Dalam dokumen tersebut, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengesahkan untuk bersama merealisasikan impian menerusi pelucutan penuh program senjata nuklear bagi mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas nuklear.

Namun frasa tersebut merupakan ungkapan retorik diplomatik untuk diterjemahkan di kedua-dua belah pihak 

Pyongyang menunggu sekian lama untuk melihat pengakhiran kehadiran tentera Amerika Syarikat serta ancaman nuklear di Korea Selatan, namun menyerang jirannya pada tahun 1950 dan merupakan satu-satunya daripada dua buah negara di Semenanjung Korea yang memiliki senjata pemusnah itu.

Penganalisis memberi amaran hubungan baik antara dua Korea dan janji Korea Utara hanya sia-sia. - AFP