Pihak ketenteraan Israel memberitahu bahawa salah sebuah pesawatnya telah dijadikan sasaran oleh pejuang bersenjata berhampiran pagar keselamatan di sepanjang wilayah Gaza.

Berpuluh-puluh rakyat Palestin mengadakan protes besar-besaran selama enam minggu di tapak perkemahan sepanjang perbatasan berpagar di wilayah Gaza yang dikawal Israel.

Para penunjuk perasaan menuntut hak mereka agar pelarian dan tanah yang kini menjadi Israel dapat dikembalikan.

Seramai 16 orang rakyat Palestin terkorban selepas ditembak oleh tentera Israel pada hari pertama tunjuk perasaan, lapor pegawai perubatan Palestin, manakala seorang lagi dibunuh pada hari Selasa lalu.

Seorang lelaki berumur 33 tahun pula ditembak oleh Israel beberapa hari lalu berhampiran salah sebuah khemah dan meninggal semalam.

Dalam kenyataannya, Israel menegaskan tindakan tersebut dibuat bagi mempertahankan sempadannya.

Ramai penunjuk perasaan yang terlibat dalam gelombang pertama pada Jumaat lalu telah kembali ke rumah dan tugas hakiki mereka selepas seminggu.

Namun, penganjur menjangkakan bilangan mereka akan kembali bertambah pada hari ini yang merupakan penghulu segala hari bagi umat Islam. - Reuters