Sumber SPRM memaklumkan, anggota polis lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pukul 4 petang selepas hadir memberikan keterangan.  

"Suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang sebanyak RM10,000 sebagai balasan melepaskan orang awam yang ditahan atas kesalahan dadah," katanya di sini sebentar tadi. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dengan kes disiasat mengikut Seksyen17(a) Akta SPRM 2009. 

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di sini esok untuk proses reman," jelasnya. - K! ONLINE