Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Faridatul Farrah Mohd. Shukri terhadap suspek berusia 49 tahun yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bermula hari ini sehingga 13 Disember ini.

Tempoh tahanan reman itu dibenarkan bagi membolehkan siasatan terhadap suspek dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM 10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Terdahulu, suspek ditahan di sebuah bengkel membaiki kereta dalam daerah Kulai kira-kira pukul 9.30 malam semalam.

Hasil siasatan yang dijalankan SPRM, suspek disyaki telah menerima wang rasuah berjumlah RM 3,000.00 daripada pengadu untuk tujuan menyelesaikan siasatan berhubung satu kes dadah yang melibatkan pengadu. - K! ONLINE