Tertuduh, Muhammad Zaim Md. Thani, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

 

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Zaim yang berpangkat konstabel itu didakwa bersama tiga lagi suspek yang masih bebas melakukan rompak berkumpulan ke atas seorang lelaki berusia 29 tahun dan mengambil seutas rantai emas serta dua buah telefon pintar mangsa.

Dalam rompakan itu juga, lelaki tersebut turut dituduh menggunakan senjata tajam iaitu dua bilah pedang ke atas mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai snooker di Teluk Kerang, Pontian dekat sini pada pukul 5 pagi, 24 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebat jika sabit kesalahan. - K! ONLINE