Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, kompleks sukan itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Kita berpandangan terdapat kepentingan untuk kita membina kemudahan ini kerana wanita negara ini memerlukan tempat riadah yang membolehkan mereka berasa bebas dan tidak terkongkong dengan pelbagai kekangan," katanya ketika meninjau satu daripada tapak cadangan kompleks itu di sini pagi ini.

Tapak berkeluasan 6.07 hektar itu antara empat lokasi (semuanya di Selangor) yang dicadangkan bagi membina kemudahan itu.

Zuraida berkata, selain mempunyai ciri kemudahan untuk menganjurkan sukan wanita bertaraf  antarabangsa, pembinaan kompleks itu akan mengambil kira keperluan pelancong wanita yang mahu beriadah. - Bernama