Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perbandaran dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang bersih, hijau dan selamat.

"Kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan jika hasil pemeriksaan yang dilakukan menunjukkan polisi itu tidak dipatuhi oleh kediaman-kediaman bertanah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jagdeep berkata, penduduk perlu mengasingkan bahan buangan  di kediaman mereka dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil sampah-sampah yang boleh dikitar semula yang diasingkan itu pada setiap Sabtu.

Pelaksanaan penguat kuasaan itu penting bagi memberi kesedaran kepada rakyat, katanya. - Bernama