Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, semakan PDRM mendapati, pemuda yang dibelasah tersebut merupakan orang awam yang menyamar sebagai anggota polis dan terlibat dalam kes curi motosikal di Kuantan, Pahang pada bulan lepas.

“Individu itu ditangkap oleh orang ramai di Rawang, Selangor pada 5 Oktober lepas dan telah diserahkan kepada pihak polis.

“Jelasnya, ia tidak melibatkan kes SPRM atau mana-mana pegawai agensi berkenaan seperti yang didakwa dalam video yang telah tersebar itu,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Menurutnya, PDRM memandang serius terhadap penyebaran video itu kerana ia boleh menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua agensi terbabit.

“PDRM juga ingin menasihatkan supaya orang ramai tidak menyebarkan berita palsu itu kerana ia mampu menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap kedua-dua agensi berkenaan,” tambahnya. - K! ONLINE