Menterinya, Gobind Sing Deo berkata, pelan itu akan digantikan dengan Pelan Sambungan Seluruh Negara (NCP) dengan keseimbangan antara pembangunan teknologi fiber dan teknologi jalur lebar tanpa wayar di negara ini.

Menurut Gobind, projek NFP yang diperkenalkan kerajaan terdahulu terlalu bergantung kepada fiber yang dikhuatiri memberi kekangan terhadap pelaksanaan penyediaan jalur lebar secara menyeluruh

"Masalah yang berbangkit dengan rancangan itu (NFP) adalah kita perlu tarik fiber sepenuhnya di seluruh negara. Terdapat fiber dalam bentuk kabel sehingga ia perlu digali.

"Kita berpendapat fiber sangat terhad. Saya beri penekanan penuh dalam masa yang sama kita perlu faham bahawa fiber ini mungkin tidak akan sampai kepada apa yang disebut sebagai the 'last mile'," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Menteri Bersama warga KKMM di Bangunan KKMM di sini hari ini.