Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.

Tambah kenyataan itu, tindakan penguat kuasaan telah diambil oleh KKM di mana syarikat pengimport terlibat telah diarah memanggil balik produk tersebut.

"KKM akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil," jelas kenyataan itu. - K! ONLINE