Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, ini sangat penting memandangkan dianggarkan 73 peratus daripada jumlah kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan NCD.

"Terapi latihan menerusi klinik senaman berpotensi untuk mencegah NCD menerusi preskripsi jumlah senaman yang betul," katanya.

Terapi senaman berpotensi untuk merawat dan mencegah empat NCD utama iaitu penyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti dan dislipidemia, menerusi preskripsi terapi yang betul.

Terapi yang juga berpotensi dijadikan rawatan alternatif bagi perubatan konvensional mencegah NCD itu terbukti mampu menghasilkan banyak perubahan positif kepada tubuh badan manusia, jika dilaksanakan dengan kaedah yang betul. - Bernama