Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, setakat pukul 9.00 malam ini, 66 penduduk yang kebanyakannya dari Kampung Batu 7 1/2, Teluk Intan terdiri daripada 16 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.

"Sementara jumlah mangsa banjir dari Kampung Cabang Dua di daerah Kampar juga masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Dipang iaitu masih kekal 14 orang terdiri daripada dua buah keluarga," katanya.

Banjir di Hilir Perak melibatkan Kampung Batu 7 1/2, Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 itu berpunca daripada hujan lebat pada Jumaat.

Banjir di Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 telah mulai surut, membolehkan penduduk di kawasan berkenaan pulang ke rumah masing-masing pada pagi ini.

Bagaimanapun, penduduk terjejas di daerah Kampar masih belum dibenarkan pulang sehingga pihak keselamatan mengesahkan kediaman mereka selamat didiami. - Bernama