Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kilang tersebut dijangka akan dibina di sebuah tapak seluas 8.1 hektar di kawasan tersebut.

Jelasnya, pembinaan kilang di situ merupakan salah satu sumbangan kerajaan berikutan Perak menyumbang sebanyak 25 peratus daripada hasil laut negara dengan sebahagian besarnya dari kawasan tersebut.

“Kita tiada kilang dan industri besar untuk memproses ikan tuna di sini. Rakan saya dari persatuan nelayan meminta agar sebuah kilang memproses tuna dibuka di kawasan ini.

“Saya sudah berbincang dengan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan tanah seluas 8.1 hektar akan diberikan untuk pembinaan kilang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Jamuan Makan Malam Sambutan Ulang Tahun ke-35 Persatuan Hai Suah Hutan Melintang dan Perayaan Tahun Baru Cina 2018 di Tokong Xien Fa Shi Gong, Hutan Melintang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kilang tersebut juga dijangka memberi peluang pekerjaan kepada seramai 2,000 orang penduduk sekitar Hutan Melintang dan Bagan Datuk. - K! ONLINE