Amaran tersebut dibuat susulan pendedahan Kosmo! berhubung terdapat sekurang-kurangnya 38 buah kilang dan tempat pelupusan sampah yang beroperasi memproses sisa plastik di daerah Kuala Langat sehingga berlakunya pencemaran alam sekitar. 

“Kami memandang serius (isu tersebut) dan akan memastikan sesiapa yang terlibat dalam mencemarkan alam sekitar akan mendapat hukuman yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lobi Parlimen di sini sebentar tadi.

Menurut Bee Yin, pihaknya akan mengambil tindakan berhubung isu tersebut tanpa memperincikan tindakan yang akan diambil. 

“Seperti saya beritahu tadi rancangan-rancangan (tindakan yang akan dibuat) tidak boleh dimaklumkan kepada pihak media bagi memastikan pengusaha-pengusaha (kilang kitar plastik) tidak tahu apa yang sedang dirancang oleh kerajaan,” ujarnya. - K! ONLINE