Pengerusi Majlis Tertinggi Muassasah Asia Tenggara, Muhammad Amin Hassan Andarqiri berkata, Malaysia merupakan negara pertama di dunia bagi jemaah muassasah yang dibekalkan penyaman udara ketika wukuf.

"(Pada mulanya) bagi tahun ini, kita telah membuat perjanjian dengan Tabung Haji untuk menaik taraf kemudahan kipas wap air kepada kipas penyejuk udara. 

"Namun kerana hubungan baik antara kedua-dua negara, kami memutuskan untuk menaik taraf kemudahan ini terus kepada penyaman udara, khusus untuk jemaah haji Malaysia. Ini adalah jaminan daripada saya," katanya selepas majlis taaruf bersama pengurus 12 maktab penginapan jemaah Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir ketua rombongan haji Malaysia, Datuk Seri Syed Salleh Abdul Rahman. - Bernama