Hakim Rohatul Akmar Abdullah memutuskan demikian tanpa memanggil Khalid membela diri bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya diakhir kes pendakwaan itu.

Dalam penghakimannya, Rohatul berkata mahkamah berpendapat kenyataan yang dibuat oleh Khalid itu merupakan satu cadangan dan bukan kepada hasutan.

"Perkataan yang dikeluarkan oleh tertuduh semasa sidang media tersebut adalah bersifat satu cadangan untuk mengkaji kuasa MAIS. Cadangan dan pandangan itu dibenarkan dan berpatutan. Berikutan itu  mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan ini," katanya. - K! ONLINE