Katanya, beliau belum memberi jawapan terhadap surat bernotis 30 hari berkenaan kerana berpandangan perkara tersebut perlu dipertimbangkan terlebih dahulu selain turut bergantung pada isu pengganti.

"Saya difahamkan surat peletakan itu dibuat kerana beliau (Mohd Amin Nordin) rasa dah lama sangat dalam DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) (iaitu ) selama 40 tahun. Sekarang beliau memikirkan tumpuan masa untuk bersama keluarga.

"Kita hormati hasrat beliau serta menghargai sumbangannya.  Sekarang kita (kementerian) kena mainkan peranan untuk mencari pengganti yang sesuai," katanya pada sidang akbar di Menara DBKL di sini.

Khalid berkata, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet minggu depan. - Bernama