Khai Bahar yang ditemui pada majlis pelantikkannya sebagai duta produk Clean+ memberitahu, pertanyaan itu biarlah menjadi rahsianya kerana tidak mahu membuatkan peminat salah faham.

"Biarlah rahsia kerana saya tidak mahu peminat salah faham sekaligus mengundang fitnah.

"Kami hanya berkawan cuma mungkin peminat yang nampak kami kerap diundang bersama dalam acara hiburan," katanya di sini sebentar tadi.

Menurut Khai Bahar, dia juga terkejut apabila mengetahui ada peminat yang membuka laman sosial Instagram khas buat mereka berdua.

"Saya tidak kisah digosipkan dengan sesiapa sahaja asalkan ia tidak berlebihan dan boleh membuatkan peminat gembira," jelasnya. - K! ONLINE