Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Ramesh, 50, dipercayai menjadi mangsa kemalangan langgar lari sekitar pukul 10.55 malam semalam, semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini dari Kemaman, Terengganu. 

"Laporan forensik mengesahkan kematian disebabkan ada keretakan di kepala dan kita tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berlaku di luar kenderaan, berdasarkan tiada kesan perlanggaran ditemui pada kenderaan itu.

"Siasatan polis setakat ini juga tidak menemui sebarang unsur jenayah di kawasan mayat ditemui," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini. 

Mohamad Noor berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam kira-kira 20 meter dari kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya. - Bernama