Menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook (FB) Sultan Ibrahim, baginda menitahkan, sebaliknya, kedua-dua pihak berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat.

Baginda bertitah, Johor baharu sahaja menyempurnakan pelantikan Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

"Saya harap selepas ini tumpuan akan diberikan kepada ikhtiar membangun dan memajukan Johor. Justeru, kepimpinan baharu harus bersatu hati dan melipat gandakan usaha agar kebajikan serta kepentingan rakyat Johor ditambah baik dan sentiasa terbela," titah baginda menerusi laman berkenaan.

Pada masa yang sama, baginda berharap semua pihak dapat memberi kerjasama penuh agar pentadbiran dan pengurusan negeri Johor berjalan lancar. - Bernama