Ketika memberikan ingatan itu kepada anggota jentera pentadbiran pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, Mahathir berkata, kesetiaan boleh diberikan kepada pemimpin hari ini atau parti tertentu jika mereka menjalankan tugas dengan baik untuk negara.

"Jika pemimpin atau parti itu dapat tinggikan pencapaian negara kita maka bersetialah kita kepada pemimpin dan parti itu," katanya.

Namun, katanya jika pemimpin itu didapati telah menyeleweng daripada menjalankan tanggungjawab, kesetiaan tidak seharusnya diberikan kepada pemimpin tersebut.

"Pemimpin diperlukan tetapi negara lebih utama. Kadang-kadang kita terpaksa ubah sedikit pandangan kita... janganlah terlalu taksub kepada pemimpin dan parti sehingga kita lupakan tugas kita untuk negara," katanya. - Bernama