Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Malaysia di Khartoum telah berhubung rapat dengan semua warga Malaysia yang berdaftar termasuk 26 pelajar di Sudan dan memantau dengan teliti situasi.

"Semua rakyat Malaysia yang masih berada di Sudan, terutama yang berada di negara itu bagi urusan tidak perlu digalakkan untuk mempertimbangkan bagi meninggalkan negara tersebut secara komersial secepat yang mungkin.

"Rakyat Malaysia yang merancang untuk melawat Sudan dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan lebih stabil," kata Wisma Putra.

Pihak Kedutaan di Sudan juga mengalu-alukan persetujuan yang dicapai baru-baru ini antara Majlis Tentera Peralihan (TMC) dan Alliance of Freedom and Changes Forces (AFCF) untuk menyambung semula rundingan mengenai pembentukan majlis kedaulatan bersama yang akan menerajui peralihan politik di negara itu. - Bernama