Kedua-dua beradik itu adalah Muhd. Riduan Shah, 12 dan adiknya Muhd. Fiqri Shah, 11.  

Norita Md. Noor, 40, berkata, mereka ditinggalkan ibu kandung mereka dikenali Gusti Eka yang merupakan warga Indonesia kepada kakaknya sewaktu dua beradik itu masing-masing berusia setahun dan tujuh bulan. 

"Gusti meninggalkan dua anaknya itu dengan alasan ingin pulang ke Indonesia selama seminggu. 

"Bagaimanapun, wanita warga Indonesia tidak muncul sehingga sekarang dengan suami Gusti yang merupakan warga tempatan hilang tanpa dikesan," katanya di sini hari ini. 

Norita menjelaskan, dia bersama kakaknya yang menjaga kedua-dua beradik itu cuba mendapatkan sijil kelahiran bagi memudahkan urusan persekolahan mereka namun hanya diberikan status penduduk tetap sahaja. 

Justeru, dia meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat waris kedua-dua beradik ini tampil 
ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor untuk membantu melengkapkan dokumentasi diri kanak-kanak berkenaan. - K! ONLINE