Majistret Lee Hong Shi membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM150,000 berserta seorang penjamin.

Suspek berumur 37 tahun itu direman selama 11 hari sejak 28 Februari lepas.

Menurut sumber, suspek yang juga suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai menerima wang suapan RM19 juta itu daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dakwa sumber itu lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu. - Bernama